Nutbox Walnut - Sesuatu Protokol CommunityFi (Kewangan Komuniti) Pelbagai Rantai, Membina Dunia yang Ingin SMT dan Steem-Engine Mencapai

avatar

1.png

Steem, sebagai platform media sosial yang memberi inspirasi, telah berkembang menjadi puluhan komuniti. Namun, kerana kurangnya sokongan untuk kontrak pintar dan rantai sampingan, komuniti di Steem tidak dapat menggunakan mekanisme PoB (Proof-of-Brain) untuk mengedarkan token untuk komuniti sendiri seperti Steem.

Smart Media Token (Steem2.0, SMTs) dicipta untuk mencapai tujuan ini, tetapi kerana terlalu banyak perubahan pada protokol yang mendasari dan alasan lain, akhirnya tidak dapat dilancarkan. Steem-Engine juga mencadangkan solusinya sendiri, dengan harapan dapat memperkenalkan lapisan kontrak pintar untuk Steem untuk "memperkasakan komuniti", yang telah disambut secara universal. Ratusan individu atau organisasi telah membina komuniti mereka sendiri di Steem-Engine. Walau bagaimanapun, Steem-Engine dilancarkan pada tahun 2019, dengan senario aplikasi terdesentralisasi yang terhad, membatasi perkembangan sebahagian besar komuniti di atas.

Peanut - Sesuatu Komuniti Delegasi SP yang Berdasarkan Steem

Dengan perkembangan DeFi, terutama kemunculan DEX, kami mempunyai lebih banyak alat untuk menyatukan komuniti. Nutbox dilahirkan di bawah latar belakang ini.

Bagi Nutbox, kami percaya bahawa orang adalah sumber nilai, dan perpaduan komuniti adalah yang paling penting. Pada bulan Oktober 2020, kami membina komuniti Peanut berdasarkan blockchain Steem dan Tron, dan mempromosikan pengembangan komuniti dengan membina sistem kewangan yang terdesentralisasi untuk Peanut, dan mencapai keputusan yang baik.

Komuniti Peanut telah menjadi platform delegasi SP kedua terbesar di blockchain Steem hanya dalam 4 bulan. Token komuniti Peanut, PNUT, telah meningkat dari 0.0002467 USDT menjadi 0.0241343 USDT, yang merupakan kenaikan 100 kali ganda. Ahli komuniti Peanut tidak hanya dapat mendelegasikan SP kepada akaun komuniti untuk mendapatkan PNUT, tetapi juga mengambil bahagian dalam DeFi, pentadbiran, sosial, dll.

Peanut adalah milik semua pemegang PNUT. Ahli komuniti Peanut dapat memperoleh PNUT dengan mendelegasikan SP kepada Komuniti Peanut, dan juga dapat mengambil bahagian dalam aplikasi seperti komuniti DeFi. Bagi pemegang PNUT, mereka berhak untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran komuniti dan dapat meengundi untuk cadangan komuniti untuk memberi penghargaan kepada penyumbang komuniti. Selain itu, pemegang PNUT boleh "membayar PNUT" untuk mendapat upvote untuk posting mereka dari Peanut. Peanut telah menyatukan komuniti melalui token komuniti (PNUT), dan telah berkembang menjadi komuniti autonomi yang terdesentralisasi, dan ia terus berkembang, dan aset pengurusan komuniti (Peanut.DAO) juga meningkat secara serentak.

Walnut- Sesuatu Protokol CommunityFi Pelbagai Rantai

Berdasarkan pengalaman Peanut, kami mengembangkan Walnut - sesuatu protokol CommunityFi pelbagai rantai, supaya semua orang dapat membina komuniti seperti Peanut dengan mudah. Walnut terdiri dari tiga bahagian seperti berikut:

Bootstrap Berdasarkan Petaruhan

Walnut menggunakan mekanisme konsensus Steem untuk mencipta cara baru "Bootstrap berdasarkan Pertaruhan" untuk memulakan komuniti, yang dapat kita sebut sebagai ISO. Sesiapa sahaja boleh membina komuniti di Walnut, menyebarkan token komuniti, menambahkan pendelegasian SP untuk komuniti mendapatkan token komuniti, melakukan transaksi ke token LP untuk mendapatkan token komuniti dan kolam pertaruhan lain.

Setelah pengasas komuniti membina komuniti dan token komuniti, mereka dapat memberikan kecairan untuk pasangan token perdagangan di platform perdagangan seperti Uniswap, dan memulakan transaksi token komuniti. Komuniti boleh mengedarkan sebahagian besar ganjaran pertaruhan kepada pendelegasi (delegator) dengan cara yang sama seperti platform pendelegasian SP pada masa lalu, atau meninggalkan sebahagian daripada ganjaran pertaruhan dalam komuniti untuk membeli kembali token komuniti melalui platform perdagangan seperti Uniswap.

Peanut menggunakan kaedah pengedaran blok tetap (10 PNUT diedarkan setiap blok), dan sebahagian daripada ganjaran pertaruhan ditinggalkan dalam komuniti untuk membeli kembali PNUT. Ini merangsang kitaran rangkaian bermaju (forward network cycle) Peanut dan menyatukan komuniti dengan lebih baik. Modelnya adalah seperti berikut

peanut.staking.png

Pentadbiran DAO

Modul Walnut DAO Governance Factory membolehkan penaja komuniti mentadbir komuniti mereka dengan satu klik untuk memberi ganjaran kepada penyumbang komuniti melalui sistem pengundian cadangan komuniti.

Peanut juga telah membina sistem pengundian cadangan sendiri, dan ketika mengedarkan PNUT secara blok, 10% PNUT yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam dana DAO Peanut secara serentak. Peanut menguruskan dana ini melalui sistem pengundian cadangan. Sesiapa yang telah memberikan sumbangan berkesan kepada Peanut boleh menulis cadangan dan mengemukakannya kepada komuniti untuk diundi. Sekiranya cadangan diluluskan, PNUT dalam dana DAO akan diedarkan kepada penyumbang. Pasukan pengembangan, operasi, dan pemasaran komuniti Peanut semuanya bergantung pada sistem pengundian cadangan Peanut untuk mendapatkan ganjaran dan bekerja sama antara satu sama lain.

2.png

Perkhidmatan Komuniti

Walnut juga menyediakan perkhidmatan seperti penciptaan blog komuniti dengan satu klik, dan akan membina Gedung Khidmat Komuniti (Community Service Store) pada masa akan datang untuk menyediakan lebih banyak aplikasi komuniti kepada komuniti. Komuniti dapat menyebarkan aplikasi komuniti yang diperlukannya dengan satu klik, memberikan perkhidmatan kepada ahli komuniti atau lebih banyak orang, dan memperoleh pendapatan untuk membeli kembali token komuniti. Ini akan membina kitaran rangkaian positif kedua untuk komuniti dan membantu komuniti untuk berkembang dengan lebih tahan lama.

nutbox.png

Pada mulanya, Peanut membina blog komuniti dan melancarkan fungsi membayar PNUT untuk mendapatkan upvote dari Peanut. Pada masa yang sama, kerana komuniti Peanut memiliki dana DAO dan sistem pengundian cadangan, para pengembang dapat mengembangkan pelbagai aplikasi komuniti untuk Peanut, seperti aplikasi DeFi dan NFT. Aplikasi ini menyokong perkembangan komuniti Peanut yang lebih sihat dan juga memenuhi keperluan ahli komuniti. Oleh itu, komuniti Peanut mempunyai lebih banyak produk, seperti perlombongan PNUT-TRX LP, perlombongan pertaruhan TSTEEM, perlombongan pertaruhan TSP dan aplikasi DeFi lain.

12.png

Walnut berharap dapat memampukan komuniti yang terbentuk di blockchain Steem: menyebarkan token komuniti di rantaian kontrak pintar tertentu (BSC, Ethereum, dll.), gunakan mekanisme delegasi SP untuk memulakan komuniti, dan membina komuniti sendiri dengan bantuan kontrak pintar aplikasi komuniti, pentadbiran komuniti, mempromosikan pembinaan komuniti dan pengembangan perniagaan komuniti yang pesat.

Peanut, CubFinance, dan YGG telah mengambil sampel untuk CommunityFi. Dengan penggunaan DeFi yang meluas dan kemunculan GameFi dan NFT, Walnut berharap dapat menjadi pusat Komuniti dan menyedari ledakan CommunityFi.


640.gif

Tentang Nutbox

Nutbox adalah sesuatu kilang DAO sehenti untuk komuniti, menyediakan serangkaian alat (Crowd-staking, kilang DApp, dan kilang pentadbiran DAO) kepada pengasas bukan teknikal untuk memudahkan penciptaan platform DAO mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://nutbox.io

Alamat Web Nutbox

Lelong Slot | https://polkadot.nutbox.io
DOCS | https://docs.nutbox.io
Laman Web| https://nutbox.io/
Peanut | https://peanut.nutbox.io/

Menghubungi Kami

Steem:https://blog.nutbox.io/@nutbox.mine
Discord:https://discord.gg/zPkMuGY
Telegram: https://t.me/joinchat/HKSkL1tns74yODE1
Twitter:https://twitter.com/NutboxDao

nutbox.png


Sook Jin GOH,
Nutbox Ambassador for Malaysia,
Director at Nanyang Global Scientific Research Centre

image.png



0
0
0.000
0 comments